Thursday, June 13, 2019

Kembali setelah 4 tahun

Assalamualaikum

Setelah lama terkubur, hari ni kembali dekat blog ni.

Nanti kita update dan recap apa yang dah berlaku semenjak blog ni terbiar

Tuesday, February 17, 2015

: : 2 0 1 5 : :

Assalam & Hi

Dah pertengahan Februari dah pun. 
Happy New Year 2015!!! 
Hahahahahahaha. Better late than never. 

Alhamdulillah. 
I pass my 1st sem for MSc. Syukur. 
Result? Xdela cemerlang sgt. tapi a good start la. 
Not bad for someone yg dh lama tinggalkan academic. 
minggu depan mula kelas bagi sem kedua. 

Monday, December 1, 2014

: : A d a m ' s K i t c h e n C a f e : :

Assalam & Hi

Korang suka tak makan makan barat? Dekat mana korang selalu pi makan kalau teringin sangat nak makan western food? Penah tak bila makan western food tu rasa tak nk sembang dgn sapa2, sebaliknya nak fokus makan sampai licin? Makan pulak tu lambat2, sambil menikmati western food?



Thursday, November 27, 2014

:: sayonara Spectrum, hello M.Sc ::

Bismillah..

Dah baca tajuk entry kan? If you asking again is it for real, definitely the answer is betol la tuh.
Dah lama x update blog since laptop lama rosak. Entry ni pun tertangguh lama. Draft dibuat dari smartphone XiaoMi Note. 

Hajat dihati memang nak kerja sambil belajar. Sebab niat nk sambung master tu dah lama bertangguh. Asyik buat keputusan untuk orang lain je. Tahun ni memang berkeras juga nak sambung master. Dah cakap pada diri sendiri kalau tak dapat nak sambung juga tahun ni, memeang akan merancang ke arah professional career. Mungkin attend n join course conducted by Niosh ke. itu lah perancangan yg nak dibuat kalau x dapat sambung master. 

Alhamdulillah, rezeki Allah. dpt juga tawaran sambung belajar, M.Sc Instrumentation Chemistry dkt USM Penang, Main Campus. boleh bayangkan kan betapa seronok masa dpt tau keputusan permohonan tu. Bermula la episod ke sana ke sini nk uruskan diri untuk hari pendaftaran. Nampak mcm senang kan, tapi xde la senang mana yg difikirkan. Sebab masa tu ayah warded dkt HSB, 2 minggu juga kena tahan sebab demam, under treatment untuk antibiotik. Ayah sakit, Final Stage CKD ( Chronic Kidney Disease).

 Every weekend travel balik Jitra dari Penang untuk amek alih jaga ayah dkt wad. Masa nk buat medical check up tu tgh ajga ayah dkt HSB. pegi la buat medical check up dkt Klinik Bandar Alor Star ( yg mana ianya adalah dkt hospital lama alor star). kelam kabut juga nk buat, sebab nk jimat duit. Medical checkup untuk masuk uni kalau pegi govt hosp, dia caj sebanyak rm20. tapi nak dpt jumpa doktor untuk pengesahan dlm borang tu lambat la sikit sbb appointment dgn doktor penuh. so just g wat xray dgn urine test je dkt klinik gomen, lepas tu bhgn pengesahan pegi dkt klinik lain. 

Disebabkan xde pengalaman n x kenal sesapa dkt USM ntuk urusan registration, kita ni follow la apa info yg dpt melalui email n sistem dari web IPS. so follow la mana yg patut. nak bayar yuran lah, nak pilih subjek untuk register sem ni lah. 

so agak kelam kabut lagi disitu. mana kan nak study, mana kan nk jaga ayah, mana kan urusan keja dkt Spectrum. masa nk register subjek, jadual kelas dh dikeluarkan oleh pusat pengajian. agak terkejut juga, sebab kelas ganggu waktu kerja. daripada perancangan asal nak register 3 subjek, terus terbantut jadi register satu subjek je. sebab 2 daripad 3 kelas tu mmg waktu kerja. so terpaksa la register satu subjek je ntuk memenuhi tuntutan kerja. 

Bila dh register, bayar yuran, kita pun pegi la kelas. Kelas yg didaftarkan pun ganggu juga waktu kerja, kelas kul 4-6pm hari selasa & jumaat. kita pun pergi la jumpa manager untuk bincang pasal ni. 
mana la tau boleh request time off working hours ke request half da y leave ke apa ka. tapi bila bincang dgn manager, dia pulak x boleh bagi keputusan. minggu pertama tu dapat excuse untuk pi kelas. dia pulak suggest untuk request tukar waktu kelas. tanya juga lecturer untuk penukaran waktu kelas. tapi xleh tukar la pulak. sebab lecturer pun orang penting universiti. kiranya waktu kelas yg ditetapkan tu habis free la bagi lecturer tu. 

Masa mula request tu manager dgn kerek nya ckp " kalau awak x boleh request waktu kelas di waktu laen, awak benti keja la, senang" 

boleh bayangkan tak betapa sakit hati bila manager respon macam tu. Nak dipendekkan cerita, keesokan harinya Min pun hantar resign letter dgn notis dua bulan. masa hantar resign letter tu hanya maksu milah dgn kie ja yg tau psl ni, orang lain minx cerita pun. kalau min cerita pun dkt dorang, agak lewat sikit la. yang paling best, x cerita langsung dkt mama n ayah pasal nak resign masa hantar surat tuh. buat diam je dgn dorang. 

bila dah lama tu, mmg dah x tahan nk benti keja sgt2 dh. sebab hati dh x situ. dtg keja pun sekadar nk cukupkan hari ja. memang dah niat nak tunggu cukup gaji masuk akaun ja pastu xnak p keja dah. 
lastly, mmg x cukup pun notis 2 bulan tu, hanya 6 minggu ja. lagi 2 minggu tu tuangggg.. 


last day sempat buat video dgn depa. 


alhamdulillah dh 3 minggu jadi jadi penganggur. hahahahaha. xdela hapyy sgt, ada mix feeling tau. macam2 benda nk pikir. buat masa ni jadi part time barista dkt Adam's Kitchen Perda, buat juga part baking kalau ada sesapa nak order kek atau cupcake. pastu tolong manage kedai sohol dkt midtown perda. in sha Allah im doing good. =)

sekian cerita pasal resign keja. sambung next entry k. 

Saturday, July 5, 2014

HOMECOOK HOMEMADE

Alhamdullilah. 


Dah masuk 7 Ramadhan malam ni. 
Tahun lepas, sempat memasak lepas balik keje.
Walaupun bujang, tp xsuka sgt membeli dkt bazar. 
Sebab masakan yg kurang berkualiti.

Bukan semuanya kurang, ada jg yg sedap. Tapi dalam kesuntukan masa ntk membeli,mmg xla nk membeli.  Satu lagi x suka makanan yg berAJINOMOTO. Maaf lah sbb memang dr kecik lagi, family memasak x pakai ajinomoto.



Tapi tahun ni ada kekangan sikit la, sbb xde peti ais dkt umah. Almaklumlah peti ais yg lama dh dibawa nagkut oleh housemate yg dlu keluar umah. Sebab dia yg beli. Hahahaha. Lagi pun dia dh berumahtangga. So klu nk masak tu kena cepat balik, kemudian singgah kedai untuk beli barang basah.

Aritu konon2 xnak beli la dkt bazar, tapi sbb ada sorang kawan dtg ajak g bazar membeli juadah, kita pun ikut la. Berbuka la ptg tu dgn ayam masak merah, mmg sedap rasanya. Tapi, xsampai kul 11mlm, tekak dh terasa kering n dahaga sgt. Itu maknanya makanan yg dimakan td mmg ada ajinomoto.


So bermulalah misi bujang memasak untuk juadah berbuka.

Friday, July 4, 2014

SEDAR KE TAK SEDAR???

sedar tak sedar masuk 3 tahun dah aku dkt Penang ni, lebih tepat lagi, dkt PERDA ni.

sedar tak sedar juga, masuk tahun ke-3 aku keje dkt Spectrum Lab Penang sbg Chemist.

sedar tak sedar juga, dah ramai aku berkawan dari mula2 sorang2 dtg sini sampai la x semua aku nak catch up

sedar tak sedar juga, aku selangkah untuk mencapai hajat nk sambung belajar ke peringkat master.

sedar tak sedar juga, aku dah ada anak buah. adik aku yg kawen tahun lepas dah beranak satu.

yang aku sedar tanpa perlu disedarkan, aku sememangnya bujang. hahahahha..

selamat menjalani ibadah puasa.. better late than never.. 

Monday, June 23, 2014

my 4th time shopping with ZALORA

disebabkan terlalu banyak voucher yg dpt x digunakan, maka tangan ini pun gatal untuk skroll ke ZALORA
mesti tertanya mana dpt voucher banyak2. sebenarnya, ZALORA selalu hantar promosi dkt email. kadang2 tangan tu saja2 nk klik2. tuptup dapat la voucher. kalau xnak klik2, ko leh apply kad Journey dari BCard dkt stesen Caltex terdekat. Lps register kad Journey BCard, nnt staf stesen tu akan bagi kupon ZALORA. hahahaha


ni dapat masa register Journey dkt Caltex


yang ni plak masa saja2 klik2 promo dlm email dari ZALORA


aritu place dkt acc ZALORA ari Jumaat. Sabtu cuti, Ahad cuti. 
masuk keja arini tuptup dh sampai dkt ofis. korang jgn takut kalau2 barang yg dibeli x sampai ke apa ke.
sebabnya lepas korang buat payment semua, nnt dorang akan email details. pastu, lepas dorang packing barang2 tu nanti, dorang akan email track code dkt korang. pastu tunggu la barang korang sampai.

dulu penah sekali barang yg kita dh order tu tiba2 abes stock. so dorang refund balik duit dlm bentuk voucher, valid selama setahun, siap free postage lagi, bergantung kepada nilai barangan tu. hehhehehe. 


bila sampai je berang, geng ofis dh usik. Apsal x jerit macam dlm iklan tu. hahahahaha. 
dorang pun x sabar2 nk tgk apa la barang yg aku beli. 
jeng jeng jeng



ni je yang dibeli. x banyak pon. hehehehehe. dah lama nak cari beg n kasut baru. 
kebetulan kali merayap2 cari terjumpa la beg n kasut yg berkenan di hati. 
banyak lagi pilihan yg laen sebenarnya, tapi memandangkan tgh bulan, kita limitkan la bajet. 


so dpt lagi voucher ntuk digunakan next purchase. dgn cara ni leh jimat belanja tau x. 




kepada yg masih terpercayakan polisi ZALORA yg pasal free return ntuk barang yg mempunyai alasan seperti dalam gambar diatas, sila gunakan form yg dibekalkan ZALORA untuk proses pemulangan. 
ikut je step by step yg dinyatakan di belakang kertas tu. 

I HAVE BOUGHT MINE, HOW ABOUT YOU??? 

adios....


Wednesday, May 7, 2014

:: K I S A H J A N 2 0 1 4 ::

Assalam and Hi Readers.

Ohhhoi. Dah lama x blogging. Q1 for 2014 was hectic. Banyak oi perkara terjadi. Banyak. Spices of Life. 
Alhamdulillah. Boleh handle dgn baek, walaupon ada damage yg terjadi. 

Lets recall for Jan 2014. 


ada ke new year celebration? rasanya mcm x, sbb malam New Year tu ada dkt Tapak Pesta Penang. aku x follow pon countdown. lepak dkt booth SOHOL. Lagipon mlm tu jg kena clearkan area tu. So kelam kabut jg la mlm tu. 



memandangkan masing2 semua busy. ada jg la geng yg teringin nk berBBQ. dorang ckp dh lama xjumpa ramai2. selalunya aku hangout dgn geng volleyball.  dorang plan ntuk BBQ dkt bawah Jambatan Penang. semua ok, dpt green lite. so terus anjurkan la. 










Thursday, November 21, 2013

Kota Kinabalu Trip Part 4 (Island Hopping)

Day 4! Day 4!!!!


Good morning! Eh eh. Apa hal, xde apa pun. Sj nk wish morning. Dah 4 hari dkt Kota Kinbalu. Plan harini kitorang akan pergi island hopping, pulau sapi dgn pulau manukan. Ada berita yg kurang enak untuk hari keempat. 3 drpd kitorang mengalami sakit perut cirit birit. So dorang x join ntuk Island Hopping. Dorang nk berehat kemudian akan ke klinik berdekatan ntk dptkan treatment. So sad. Berjalan jauh2, kemudian x berapa sihat. Dugaan.





Ok. Lets us start!!! Pergerakan kami adalah seawal jam 9pagi, nama tour guide kitorang ntuk kali ini adalah Khris. Kitorang dijemput dr apartment menaiki van ke Jesselton Point. Dari apartment xjauh pon, dlm 10 minit je. Smp je disana, kitorang ke pejabat agen tour ntk arini untuk buat payment. Rm150 ntk island hopping harini, pakej termasuk hopping ke dua pulau, return transfer bot laju, lunch serta kelengkapan snorkle.





Perjalanan agak lancar, xperlu tggu lama. Ambil brg2 terus naik bot laju, sbb dh lama standby. Kalau nk pergi sendiri tanpa agen pon boleh, tp nnt masa korang pulau tu, pandai2 la jg brg2 peribadi, takut2 dicuri org. Tapi kalau pergi dgn agen, dorang akan tlg tengok2kan, dkt sna nnt korang maen la air sepuasnya. Perjalanan makan masa dl  15-20 minit. Alhamdulillah cuaca panas terik. Sebab excited sgt kitorang xckp byk, tangan laju je snap amek gambar. Khris plak mesra orangnya. Mudah berbicara. Suka share knowledge where to go, what to do, this and that.



Pulau pertama untuk harini, Pulau Manukan. Superb view!!! Dkt jeti pon, berpuluh keping gambar kitorang snap. Kitorang xnak bazir masa lama2, sbb x sabar nk snorkle. Entrance fee ntk masuk TTAR rm3. Kemudian dia akan cop, macam daily pass la. Pass tu valid ntk korang g pulau2 lain, seperti mamutik dan sapi.Selesai tukar tukar, kitorang pakai sunblock, wakakakaka. Bukan apa, selagi boleh jg kulit, jaga la. Sebab nk bermain air laut ni berjam2. Kang nnt balik semenanjung, hangit sgt. Snorkle dkt sini ok lah, air cantik tapi x jernih sgt. Coral pun x berapa cantik. Tukun tiruan pun korang boleh nmpk. Erti kata laen, dlm proses pemuliharaan la. Nk biakkan balik coral dkt area situ. Im looking for clown fish. Dulu masa snorkle dkt Pulau Bidong, itu la ikan wajib yg mudah dijumpai. Tapi dkt sini ,mcm kurang. Mungkin sebab air pasang dan sedikit berombak menyusahkan dan mengkaburkan penglihatan. Satu lagi tips sepanjang korang dkt pulau ni. Kalian digalakan untuk bw makanan rigan sendiri incase x tahan lapar setelah penat bermain air. Makanan dkt pulau ni mahal yer. Sangat mahal. Silap haribulan makanan ringan dkt 7e lagi murah.






Jam 1pm kitorang bergerak ke Pulau Sapi. Bot sgt tepati masa, on time je menunggu. Sempat la berehat kejap atas bot kumpul tenaga ntuk pulau seterusnya. Sampai je Pulau Sapi, kitorang dibawa Khris ke khemah jamuan ntuk makan tgh hari. Makan tengah harin disediakan secara buffet. Ada macam2 jenis seafood. Dari ketam udang kerang kepah ikan semuanya ada. Nk tambah berapa kali tambah la. Xde sapa nk marah, lagi dorang suka ada la.






Selesai makan kitorang bersiap ntuk snorkle lagi. Disini pemandangan lagi memukau. I wish i have gopro with me. Coral cantek2 disini. Byk spesis ikan di sini. Aku bikan budak marin aku budak kimia, so x kenal sgt spesis ikan ni. Yang bestnya berpeluang dpt tgk ular laut. Punya la ralit snorkle smp kena halau dgn lifeguard. Asyik sgt tgk coral, sedar2 snorkle betul2 atas snorkle. Buka apa, lifeguard takut kitorang terpijak coral ni. Aku graduan UMT, so aware sgt la psl coral bleaching dan sebagainya. So cpt2 snorkle ke tempat laen. Bukan apa, sbb pelancong dari negara luar dorang degil, kdg2 dorang berdiri atas coral tu. Coral ni kira macam kedai makan la bg ikan2 ni. Klu coral tu sihat, cantik maka byk la ikan dan spesis2 laen di sekitarnya. Tapi kalau dh bleaching, ikan2 pun lari. Sebab tu pentingnya dorang menjaga coral ni. Sebab yg kedua dihalau adalah air dh surut, jd sedar x sedar kitorang dh snorkle betul2 atas coral.





Dkt Pulau Sapi ni jg kita leh trekking. Tarikan lain selain snokle disini, pulau ni jg didiami oleh biawak komodo. Korang akan jumpa biawak ni lps lunch sbb biawak ni akan selongkar tong sampah ntuk makan sisa makanan. Masa ni yg x pernah tgk biawak semua nak amek gmbr. Lebih kurang jam 330ptg kitorang balik ke Jessleton.








Sampai di Jessleton kitorang amek gambar lagi. Hahahahaha. bergambar dgn Khris, dgn pelancong laen. Jam 4 ptg kami dihantar pulang ke apartmen, tapi kami request kami drop dkt Warisan Square sebab Keith, Faisal dan Amri ada disana ntuk lunch. While they having their lunch, we had our coffee and rest for a while at Stabucks. Sedar x sedar dh pukul 5, kitorang bergerak pulak ke Pasar Filipina ntuk window shopping. Survey apa yg patut. Jam 630 kitorang balik apartmen ntk berehat.

Tuesday, November 19, 2013

sambungan part 3

Sambungan Part 3 (sikit je)

Lepas balik dari Rafting smlm kitorang smeua penat, smp apartment ja semua terbongkang.
sedar2 dah dinner time. Min & Zaidy bersiap awal, nak explore Night Market. kitorang turun dulu. Zaki, Amrie, Keith dgn Faisal gerak lewat sikit. apa2 pun kitorang plan akan jumpa dkt sana. Kesian Zaidy, dia rs x berapa sihat malam tu, nk demam. Selera makan pun x menentu, tapi kena paksa makan jg sebab esok, day 4 punya aktiviti adalah island hopping. 



Dekat night market macam2 jenis seafodd ada, ikan, sotong, udang, mcm2 saiz dan jenis ada. kena bijak memilih tau. rata2 disini peniaga meletakkan harga yg mahal. nk mkn pun kena tawar menawar lagi. kalau korang rajin tawar menawar la, klu x byr je la harga yg sedikit mahal. makan seafood dkt sabah boleh dikatakan murah la berbanding semenanjung. Ikan menjadi pilihan, sbb byk pilihan, mintak je dorang rekemenkan ikan jenis apa. Zaidy plak nk mkn bakso. selesai mkn baru la lagi berempat tu contact and update dorang ada dkt mana. 



Dorang mkn sekali dgn Nash, they're sitting next together. hahahaha. sebelah siangnya, jumpa dkt Padas, mlmnya jumpa plak dkt Night Market. we chat a lot. hahaha..  dah kenyang semua kitorang naek balik apartment. x lama kitorang lepak dkt night market, sbb ada drpd kami meragam perut.







Kota Kinabalu Trip Part 3

Day 3.
Padas White Water Rafting
Padas here we come! Memandangkan hajat kami nak daki gunung x kesampaian dek kuota terhad untuk mendaki, kami merancang untuk melakukan aktiviti lasak, rafting! Ada 2 pilihan ntk melakukan rafting, samada di Sg Kiulu atau Sg Padas. SG KIULU  ntk beginner, SG PADAS untuk level 2-4.  Level ini bergantung kpd keadaan sungai da jeram, air deras level tgi la.



Pergerakan bermula seawal jam 500am. Bertolak dari Premonade Apartment kami diambil dan dibawa ke Beaufort menaiki van. Perjalanan dari Beaufort memakan masa lebih kurang 2 jam. Kami berenam dah standby susu, roti, biskut kering dan milo, sbb masinh2 blur tentang perjalanan harini. Mana taknya, semua x wat research pon psl aktiviti hari ni. Semuanya diuruskan Zaidy. Kitorang wat collection n serahkan pd Zaidy.
BUSAT, menjadi pilihan kami sbb Zaidy berjaya mendapatkan harga pakej termurah. RM170 seorang berbanding dgn yg lain. Pakej termasuk transfer dari dari apartment ke destinasi, refreshment dkt Pangi, rafting dan mkn tgh hari.
Kitorang smp Beaufort lebih kurang jam 715am. Menunggu guider ntk bg arahan seterusnya, katanya dia sedikit lewat. Blurr adalah ayat terbaik untuk describe kitorang pagi tu. Xtau nk kemana dan buat apa melainkan tgk org sekeliling. Kitorang masing2 amek gmbr je la. Dan kemudian guider smp da suruh kitorang naek train.






Klasik! Merasa la naek keretapi enjim lokomotif. Sgt klasik. 4 gerabak semuanya. Kitorang naek gerabak last, berhimpit dlm 20 org. Bersempi-sempit dgn kelengkapan rafting, bhn mentah masakan tg hari. Hahahahah. Semua tu pengalaman.
Min cari port nk tidor, sbb rs xcukup rehat. Drvg dr KK ke Kundasang ke KK balik. Penatttt. Wakakaka. Berlantaikan cebisan kotak, asalkan selesa, terus terlelap. Hahahah. Sblm tren bergerak, terperasankan seorang selebriti dlm tren. Nash Idrus, peserta The Apprentice Asia. Nak tegur tp segan, dlm hati kata, xpe la. Kang kat rafting nnt tegur la dia.








2jam baru smp Tenom. Kena tukar tren. Cepat2 kitorang keluar. Masuk tren ke Pangi. Another 30 minutes of journey. Sepanjang perjalanan tu kitorang dh nmpk Sg Padas. Air deras. Hohohohoh. Excited x igt.

After about 4hours and 30 minutes of journey we finally arrive at Pangi. Endpoint rafting nanti. kitorang semua cepat tukar baju dan simpan brg2 dlm bilik. nanti bilik akan dikunci. Kemudian kitorang diberi rehat dan jamuan ringan. Makan tembikai. xleh makan yg berat2 takut nnt muntah dlm sungai tu. hahahaha.

Kami diberi taklimat untuk rafting tentang safety, mcm mn nk kemudi, susun atur duduk atas bot. semua ni penting. kalau terbalik nnt masa rafting kena tau cari nk selamatkan diri. sama ada bodyrafting atau naek semula ke dalam bot. Selesai semuanya kitorang angkut bot ke gigi air sungai. ada 16  bot kesemuanya yg akan dilepaskan. kata guider hari ni antara yg paling ramai org dlm mgu ni, tambahan pula, keadaan sungai sgt optimum untuk rafting sesuai dgn level 4.

Enjoy the pictures!!!!



















Sampai endpoint, kitrang inflate bot yg kitorang naek td. penat woooo. lapar semua ada. kitorang rehat kejap, then serbu ntuk lunch. sapa2 yg nk bersihkan bdn dulu pon boleh, nk mkn dulu pon boleh. Semua gmbr ni diambil oleh cameraman yg disediakan oleh tour agen. Rm180 untuk setiap keping DVD yg di-burn. kitorang berenam kongsi duit, balik apatmen kitorang transfer je masuk pendrive. ada jg bideo.

bergambar dgn guider, on my left is amin. on my right is justin





tiket ni pemberian dari Amin. x semua org dpt, gift daripada dia. Thank You Amin!
 

 




Kembali setelah 4 tahun

Assalamualaikum Setelah lama terkubur, hari ni kembali dekat blog ni. Nanti kita update dan recap apa yang dah berlaku semenjak blog ni ...