Thursday, November 21, 2013

Kota Kinabalu Trip Part 4 (Island Hopping)

Day 4! Day 4!!!!


Good morning! Eh eh. Apa hal, xde apa pun. Sj nk wish morning. Dah 4 hari dkt Kota Kinbalu. Plan harini kitorang akan pergi island hopping, pulau sapi dgn pulau manukan. Ada berita yg kurang enak untuk hari keempat. 3 drpd kitorang mengalami sakit perut cirit birit. So dorang x join ntuk Island Hopping. Dorang nk berehat kemudian akan ke klinik berdekatan ntk dptkan treatment. So sad. Berjalan jauh2, kemudian x berapa sihat. Dugaan.





Ok. Lets us start!!! Pergerakan kami adalah seawal jam 9pagi, nama tour guide kitorang ntuk kali ini adalah Khris. Kitorang dijemput dr apartment menaiki van ke Jesselton Point. Dari apartment xjauh pon, dlm 10 minit je. Smp je disana, kitorang ke pejabat agen tour ntk arini untuk buat payment. Rm150 ntk island hopping harini, pakej termasuk hopping ke dua pulau, return transfer bot laju, lunch serta kelengkapan snorkle.





Perjalanan agak lancar, xperlu tggu lama. Ambil brg2 terus naik bot laju, sbb dh lama standby. Kalau nk pergi sendiri tanpa agen pon boleh, tp nnt masa korang pulau tu, pandai2 la jg brg2 peribadi, takut2 dicuri org. Tapi kalau pergi dgn agen, dorang akan tlg tengok2kan, dkt sna nnt korang maen la air sepuasnya. Perjalanan makan masa dl  15-20 minit. Alhamdulillah cuaca panas terik. Sebab excited sgt kitorang xckp byk, tangan laju je snap amek gambar. Khris plak mesra orangnya. Mudah berbicara. Suka share knowledge where to go, what to do, this and that.



Pulau pertama untuk harini, Pulau Manukan. Superb view!!! Dkt jeti pon, berpuluh keping gambar kitorang snap. Kitorang xnak bazir masa lama2, sbb x sabar nk snorkle. Entrance fee ntk masuk TTAR rm3. Kemudian dia akan cop, macam daily pass la. Pass tu valid ntk korang g pulau2 lain, seperti mamutik dan sapi.Selesai tukar tukar, kitorang pakai sunblock, wakakakaka. Bukan apa, selagi boleh jg kulit, jaga la. Sebab nk bermain air laut ni berjam2. Kang nnt balik semenanjung, hangit sgt. Snorkle dkt sini ok lah, air cantik tapi x jernih sgt. Coral pun x berapa cantik. Tukun tiruan pun korang boleh nmpk. Erti kata laen, dlm proses pemuliharaan la. Nk biakkan balik coral dkt area situ. Im looking for clown fish. Dulu masa snorkle dkt Pulau Bidong, itu la ikan wajib yg mudah dijumpai. Tapi dkt sini ,mcm kurang. Mungkin sebab air pasang dan sedikit berombak menyusahkan dan mengkaburkan penglihatan. Satu lagi tips sepanjang korang dkt pulau ni. Kalian digalakan untuk bw makanan rigan sendiri incase x tahan lapar setelah penat bermain air. Makanan dkt pulau ni mahal yer. Sangat mahal. Silap haribulan makanan ringan dkt 7e lagi murah.






Jam 1pm kitorang bergerak ke Pulau Sapi. Bot sgt tepati masa, on time je menunggu. Sempat la berehat kejap atas bot kumpul tenaga ntuk pulau seterusnya. Sampai je Pulau Sapi, kitorang dibawa Khris ke khemah jamuan ntuk makan tgh hari. Makan tengah harin disediakan secara buffet. Ada macam2 jenis seafood. Dari ketam udang kerang kepah ikan semuanya ada. Nk tambah berapa kali tambah la. Xde sapa nk marah, lagi dorang suka ada la.






Selesai makan kitorang bersiap ntuk snorkle lagi. Disini pemandangan lagi memukau. I wish i have gopro with me. Coral cantek2 disini. Byk spesis ikan di sini. Aku bikan budak marin aku budak kimia, so x kenal sgt spesis ikan ni. Yang bestnya berpeluang dpt tgk ular laut. Punya la ralit snorkle smp kena halau dgn lifeguard. Asyik sgt tgk coral, sedar2 snorkle betul2 atas snorkle. Buka apa, lifeguard takut kitorang terpijak coral ni. Aku graduan UMT, so aware sgt la psl coral bleaching dan sebagainya. So cpt2 snorkle ke tempat laen. Bukan apa, sbb pelancong dari negara luar dorang degil, kdg2 dorang berdiri atas coral tu. Coral ni kira macam kedai makan la bg ikan2 ni. Klu coral tu sihat, cantik maka byk la ikan dan spesis2 laen di sekitarnya. Tapi kalau dh bleaching, ikan2 pun lari. Sebab tu pentingnya dorang menjaga coral ni. Sebab yg kedua dihalau adalah air dh surut, jd sedar x sedar kitorang dh snorkle betul2 atas coral.





Dkt Pulau Sapi ni jg kita leh trekking. Tarikan lain selain snokle disini, pulau ni jg didiami oleh biawak komodo. Korang akan jumpa biawak ni lps lunch sbb biawak ni akan selongkar tong sampah ntuk makan sisa makanan. Masa ni yg x pernah tgk biawak semua nak amek gmbr. Lebih kurang jam 330ptg kitorang balik ke Jessleton.








Sampai di Jessleton kitorang amek gambar lagi. Hahahahaha. bergambar dgn Khris, dgn pelancong laen. Jam 4 ptg kami dihantar pulang ke apartmen, tapi kami request kami drop dkt Warisan Square sebab Keith, Faisal dan Amri ada disana ntuk lunch. While they having their lunch, we had our coffee and rest for a while at Stabucks. Sedar x sedar dh pukul 5, kitorang bergerak pulak ke Pasar Filipina ntuk window shopping. Survey apa yg patut. Jam 630 kitorang balik apartmen ntk berehat.

Tuesday, November 19, 2013

sambungan part 3

Sambungan Part 3 (sikit je)

Lepas balik dari Rafting smlm kitorang smeua penat, smp apartment ja semua terbongkang.
sedar2 dah dinner time. Min & Zaidy bersiap awal, nak explore Night Market. kitorang turun dulu. Zaki, Amrie, Keith dgn Faisal gerak lewat sikit. apa2 pun kitorang plan akan jumpa dkt sana. Kesian Zaidy, dia rs x berapa sihat malam tu, nk demam. Selera makan pun x menentu, tapi kena paksa makan jg sebab esok, day 4 punya aktiviti adalah island hopping. 



Dekat night market macam2 jenis seafodd ada, ikan, sotong, udang, mcm2 saiz dan jenis ada. kena bijak memilih tau. rata2 disini peniaga meletakkan harga yg mahal. nk mkn pun kena tawar menawar lagi. kalau korang rajin tawar menawar la, klu x byr je la harga yg sedikit mahal. makan seafood dkt sabah boleh dikatakan murah la berbanding semenanjung. Ikan menjadi pilihan, sbb byk pilihan, mintak je dorang rekemenkan ikan jenis apa. Zaidy plak nk mkn bakso. selesai mkn baru la lagi berempat tu contact and update dorang ada dkt mana. 



Dorang mkn sekali dgn Nash, they're sitting next together. hahahaha. sebelah siangnya, jumpa dkt Padas, mlmnya jumpa plak dkt Night Market. we chat a lot. hahaha..  dah kenyang semua kitorang naek balik apartment. x lama kitorang lepak dkt night market, sbb ada drpd kami meragam perut.







Kota Kinabalu Trip Part 3

Day 3.
Padas White Water Rafting
Padas here we come! Memandangkan hajat kami nak daki gunung x kesampaian dek kuota terhad untuk mendaki, kami merancang untuk melakukan aktiviti lasak, rafting! Ada 2 pilihan ntk melakukan rafting, samada di Sg Kiulu atau Sg Padas. SG KIULU  ntk beginner, SG PADAS untuk level 2-4.  Level ini bergantung kpd keadaan sungai da jeram, air deras level tgi la.



Pergerakan bermula seawal jam 500am. Bertolak dari Premonade Apartment kami diambil dan dibawa ke Beaufort menaiki van. Perjalanan dari Beaufort memakan masa lebih kurang 2 jam. Kami berenam dah standby susu, roti, biskut kering dan milo, sbb masinh2 blur tentang perjalanan harini. Mana taknya, semua x wat research pon psl aktiviti hari ni. Semuanya diuruskan Zaidy. Kitorang wat collection n serahkan pd Zaidy.
BUSAT, menjadi pilihan kami sbb Zaidy berjaya mendapatkan harga pakej termurah. RM170 seorang berbanding dgn yg lain. Pakej termasuk transfer dari dari apartment ke destinasi, refreshment dkt Pangi, rafting dan mkn tgh hari.
Kitorang smp Beaufort lebih kurang jam 715am. Menunggu guider ntk bg arahan seterusnya, katanya dia sedikit lewat. Blurr adalah ayat terbaik untuk describe kitorang pagi tu. Xtau nk kemana dan buat apa melainkan tgk org sekeliling. Kitorang masing2 amek gmbr je la. Dan kemudian guider smp da suruh kitorang naek train.






Klasik! Merasa la naek keretapi enjim lokomotif. Sgt klasik. 4 gerabak semuanya. Kitorang naek gerabak last, berhimpit dlm 20 org. Bersempi-sempit dgn kelengkapan rafting, bhn mentah masakan tg hari. Hahahahah. Semua tu pengalaman.
Min cari port nk tidor, sbb rs xcukup rehat. Drvg dr KK ke Kundasang ke KK balik. Penatttt. Wakakaka. Berlantaikan cebisan kotak, asalkan selesa, terus terlelap. Hahahah. Sblm tren bergerak, terperasankan seorang selebriti dlm tren. Nash Idrus, peserta The Apprentice Asia. Nak tegur tp segan, dlm hati kata, xpe la. Kang kat rafting nnt tegur la dia.








2jam baru smp Tenom. Kena tukar tren. Cepat2 kitorang keluar. Masuk tren ke Pangi. Another 30 minutes of journey. Sepanjang perjalanan tu kitorang dh nmpk Sg Padas. Air deras. Hohohohoh. Excited x igt.

After about 4hours and 30 minutes of journey we finally arrive at Pangi. Endpoint rafting nanti. kitorang semua cepat tukar baju dan simpan brg2 dlm bilik. nanti bilik akan dikunci. Kemudian kitorang diberi rehat dan jamuan ringan. Makan tembikai. xleh makan yg berat2 takut nnt muntah dlm sungai tu. hahahaha.

Kami diberi taklimat untuk rafting tentang safety, mcm mn nk kemudi, susun atur duduk atas bot. semua ni penting. kalau terbalik nnt masa rafting kena tau cari nk selamatkan diri. sama ada bodyrafting atau naek semula ke dalam bot. Selesai semuanya kitorang angkut bot ke gigi air sungai. ada 16  bot kesemuanya yg akan dilepaskan. kata guider hari ni antara yg paling ramai org dlm mgu ni, tambahan pula, keadaan sungai sgt optimum untuk rafting sesuai dgn level 4.

Enjoy the pictures!!!!



















Sampai endpoint, kitrang inflate bot yg kitorang naek td. penat woooo. lapar semua ada. kitorang rehat kejap, then serbu ntuk lunch. sapa2 yg nk bersihkan bdn dulu pon boleh, nk mkn dulu pon boleh. Semua gmbr ni diambil oleh cameraman yg disediakan oleh tour agen. Rm180 untuk setiap keping DVD yg di-burn. kitorang berenam kongsi duit, balik apatmen kitorang transfer je masuk pendrive. ada jg bideo.

bergambar dgn guider, on my left is amin. on my right is justin





tiket ni pemberian dari Amin. x semua org dpt, gift daripada dia. Thank You Amin!
 

 




Monday, November 18, 2013

Kota Kinabalu Trip 2013 Part 2

Day 2!

Awake as early at 6am. terjaga sebab sejukkkkk sgt. almaklum la menginap dkt Kaki Gunung Kinabalu.
memandangkan kitorang nk check out pukul 12, we plan to arrive at Desa Cattle Farm as early as we could.
7am dh siap ready semua. Masa singgah dkt Pekan Nabalu dh beli tshirt I <3 kinabalu="" kota="" p="">



Dari Kundasang Inn, cuma 10 minit je perjalanan. jalan berbatu, xde tar. kitorang naek tu awal, kaunter tiket pun x buka lagi, kitorang lalu macam tu je, tp ms balik tu kitorang bayar la entrance fee. RM3. Disebabkan kitorang smp pagi tu ketika cuca nak hujan, makanya pemandangan agak berkabus. Feeling2 dkt New Zealand. Teruja tengok lembu hitam tompok putih tu. Cuaca sgt sejuk. Berangin kuat. Since min yang drive, so Min tetapkan kitorang akan spend dkt sini dlm sejam. Macam lama kan? Padahal kejap je. igt nk stay smp lunch. Semua x breakfast lagi. Min cdgkan semua breakfast dgn freshmilk sj, sbb perjalanan jauh lagi. Nk mkn nnt masa dkt Ranau, terus lunch.










Destinasi untuk hari kedua adalah Desa Cattle Farm - check out - Ranau - Sabah Tea Plantation - Luanti Fish Massage - heading back to KK.

Selasai dkt Desa cattle Farm, kitorang balik, check out teruskan perjalanan ke Ranau. Kemudian ke Sabah Tea Plantation. Sabah Tea Plantation dkt je dgn Luanti Fish Spa. tapi disebabkan hujan pada malamnya, jadi air sungai x jernih. keruh. kitorang x singgah la. naek ke Sabah Tea Plantation. dah selesai dkt sini, kitorang cepat baik ke Ranau untuk lunch. Since kitorang drive sendiri, kitorang dinasihatkan pulang ke KK awal sbb klu bertolak lepas jam 3 ptg, jalan berkabus tebal dan bahaya la untuk kitorang yang x biasa dgn jalan di Sabah ni. Not much to explain on day 2. we're just snap a lottttttttt of pictures and enjoy the scenery.
tapi apakan daya kitorang bertolak kul 4 lebih.. hahahahah.. degil sgt.








Mana tak nya, kitorang pergi Poring Hotspring & Canopy walk plak. canopy walk ni lagi la. kitorang x plan nk merentas hutan tu dgn kitorang pakai jeans dgn slipper. tapi kitorang terkena. igtkan trek nk g canopywalk tu senang je, rupanya, ya ampunnnnn. Insaf okey. dah la pki skinny jeans. pastu kena trek dlm 1.5km untuk smp ke CanopyWalk.. again bayar RM3. untuk entrance fee.. RM5 plak bayar untuk pas bg setiap gadjet yg boleh amek gmbr. so kalau korang ada 5 kamera, korang byr pas untuk 5 kamera. Pelik tapi benar. Sebab dkt CanopyWalk nnt ada org jaga n check korang nye pass. Baru la korang leh amek gambar dkt canopywalk tu.







Lepas habes canopy walk, ada satu sign board, Kipungit Waterfall. lagi 300m. so kitorang jalan je la lagi 300m. dgn hajat nk tgk tempat je. sekali samapi, nah amek kau. waterfall tu cantik. Sejuk plak air dia. Dgn skinny jeans tu jg Min terjun ke dalam air. Unplan!!!!! dah delay masa lagi nk baik KK. Sempat jg beramah mesra dgn seorang warganegara Austaralia kelahiran Melaka. dah 10 tahun dia tggl sana. She helps to snap few pictures while we having fun at the waterfall.

Kitorang cepat2 trek keluar balik sebab nak rushing. Nak elak dari gelap masa balik ke KK.
Alhamdulillah. kitorang sempat smp KK sekitar jam 9 mlm. kitorang smp lewat sbb kitang singgah dinner dulu dkt Restoran yg JJCM singgah dkt Rumah Terbalik tu. kebetulan mlm tu adalah countdown merdeka. 
Jalan ke KK agak sesak la. Smp je kitorang terus check in apartment. Kitorang menginap dkt Promenade Apartment, bukan Promenade Hotel. berdekatan Api-Api Centre. x sempat nk rehat pon, kitorang turun plak dari apartment sbb nk tgk perarakan kereta berhias berdekatan apatment kitorang. 

Kitorang x tggu lama untuk countdown, sbb kitorang kena bangun awal untuk esok.
Water Rafting Sg Padas level 3-4. 
Good nite! 

Kembali setelah 4 tahun

Assalamualaikum Setelah lama terkubur, hari ni kembali dekat blog ni. Nanti kita update dan recap apa yang dah berlaku semenjak blog ni ...