Monday, December 1, 2014

: : A d a m ' s K i t c h e n C a f e : :

Assalam & Hi

Korang suka tak makan makan barat? Dekat mana korang selalu pi makan kalau teringin sangat nak makan western food? Penah tak bila makan western food tu rasa tak nk sembang dgn sapa2, sebaliknya nak fokus makan sampai licin? Makan pulak tu lambat2, sambil menikmati western food?





Adam's Kitchen terletak di Bandar Perda. Senang cerita, ianya satu bangunan dengan Restoran Kapitan Perda, di belakang Restoran Hadramawt dgn Eazyshop, sebaris dgn TMPoint Perda.


Adams's Kitchen menyajikan Western food serta coffee. Terpampang besar dkt signboard. Coffee and Grill. Deko dalamnya berkonsepkan tradisional. Melangkah masuk sahaja, di sebelah kiri terdapat televisyen antik, perabot kayu antik lama, giling batu, dulang bercorak bunga akan menarik perhatian mata. Kemudian anda akan disapa dgn " WELCOME TO ADAMS!!!"







Disini pekerjanya tak ramai, barista 2 orang, seorang pelayan, 2 kitchen helper dan seorang tukang masak. Anda perlu order makanan dan minuman di kaunter. di kaunter anda akan perasan satu papan tanda " ORDER & PAY HERE".  Bermaksud anda order pilihan makanan dan minuman anda di kaunter terus memuat bayaran. Menu terpampang di papan hitam beserta senarai harga makan dan minuman. Setelah pembayaran dibuat anda, akan diberi nombor meja., kemudian pilihlah mana2 tempat di dalam kafe untuk anda duduk.







Makanan dan minuman anda disajikan kepada anda secepat mungkin. Bukanlah cepat mcm fastfood restaurant, tapi agak cepat juga la jika nak dibandingkan dgn restoran yang lain. tak tulis panjang2, cuma nak kongsi pengalaman makan dkt Adam's Kitchen Cafe

Komen dari pelanggan yang datang makan disini



Reservation for 15 pax. Ada birthday party 










Boleh follow Instagram Adam's Kitchen Penang @adamskitchenpng

atau 

LIKE PAGE 

https://www.facebook.com/adamskitchenpenang











No comments:

Kembali setelah 4 tahun

Assalamualaikum Setelah lama terkubur, hari ni kembali dekat blog ni. Nanti kita update dan recap apa yang dah berlaku semenjak blog ni ...